Selasa, 15 Mei 2012

Perutusan Hari Belia Negara 2012 Oleh Pengerusi

PERJUANGAN DAN CABARAN BELIA PASCAMERDEKA

15 MEI 2012

PERTAMANYA SELAMAT HARI BELIA NEGARA KEPADA SEMUA BELIA GELUGUR KEDAI YANG DISAYANGI KHASNYA DAN SEMUA BELIA MALAYSIA.SESUNGGUHNYA SAMBUTAN INI MERUPAKAN BUKTI KERAJAAN MENGIKTIRAF PERANAN BELIA SEBAGAI SALAH SATU NADI DALAM MENCORAK MASA DEPAN NEGARA

KATA IMAM AL GHAZALI,UNTUK MENEROPONG MASA DEPAN SESEBUAH NEGARA,LIHATLAH KEPADA GOLONGAN MUDANYA.KATA2 INI MEMBAWA MAKSUD KEPENTINGAN BELIA SEBAGAI PENENTU RUPA MASA DEPAN NEGARA KITA KELAK.

BELIA PERLU MELENGKAPKAN DIRI DENGAN SEMANGAT BERSATU PADU SELARI DENGAN KATA PEPATAH 'BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH'.SELAGI KITA SEMUA BELUM BERSATU SEPENUHNYA,HATI TIDAK SEJIWA,AMATLAH PAYAH UNTUK SESEBUAH ORGANISASI ITU BERKEMBANG.PENGETAHUAN MENGENAI ISU-ISU SEMASA BAIK DARI SEGI POLITIK,SOSIAL MAHUPUN EKONOMI HARUSLAH DILENGKAPI.

KITA SEHARUSNYA MEMANJATKAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH SWT KERANA DILAHIRKAN DI SEBUAH NEGARA YANG AMAN DAN DI TADBIR OLEH KERAJAAN YANG TIDAK LEKANG MEMBERI PERHATIAN,SOKONGAN SERTA GALAKAN YANG BERTERUSAN.BANTUAN DANA UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN,PENGWUJUDAN BANYAK INSTITUSI PENGAJIAN BAHKAN BAKAT YANG ADA BAIK DARI SEGI USAHAWAN,KESUKANAN,PERSATUAN DAN JUGA KEPIMPINAN TERUS DELESTARIKAN OLEH PEMIMPIN SEBAGAI GALAKAN UNTUK MEMELIHARA DAN MENAMBAH BAIK GOLONGAN MUDA.PELUANG YANG ADA INI HARUS DIMANFAATKAN AGAR WAWASAN 2020 DAPAT DIREALISASIKAN.

SESUNGGUHNYA DUGAAN YANG KITA BAKAL TEMPUH PADA MASA INI MAHA HEBAT DIKALA KEMAJUAN DAN KEMUDAHAN YANG ADA MEMBUATKAN DIRI KITA TERDEDAH KPD BERMACAM2 PELUANG DAN JUGA RINTANGAN.BELIA DITAKRIFKAN SEBAGAI MEREKA YANG BERUSIA DIANTARA 15-40 TAHUN YANG MANA MERUPAKAN POPULASI MAJORITI DALAM MALAYSIA.SEHARUSNYA KITA MERASA BANGGA KERANA BERADA DALAM KELOMPOK INI TAPI BUKAN BERMAKSUD KITA PATUT MERASA SELESA.PEGANGAN AGAMA DAN JATI DIRI PERLU MENJADI ASAS UNTUK MELENGKAPKAN DIRI DALAM MENONGKAH ARUS YANG SEMAKIN TIADA SEMPADAN HARI INI.

KEPADA BELIA YANG DIHARGAI,AYUH SAMBUTLAH CABARAN YANG MENDATANG DENGAN NILAI2 POSITIF DAN KEAZAMAN UNTUK MENJADI LEBIH BAIK AGAR MASA DEPAN KITA TIDAK DISIA-SIAKAN DAN SEHARUSNYA KITA BER INGAT YANG KITA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN YANG LEBIH BESAR DI MASA DEPAN KHUSUSNYA KEPADA GENERASI MUDA YANG AKAN DATANG.SINGSINGLAH LENGAN DEMI MENABUR BAKTI KEPADA PERTIWI.SESUNGGUHNYA TIDAK AKAN ADA PERKHIDMATAN YANG LEBIH TINGGI NILAINYA MELAINKAN MENABUR BAKTI KEPADA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.JADIKAN HARI MUDA KITA INI SEBAGAI LANDASAN BAGI MENGUMPUL BEKAL DAN PENGALAMAN UNTUK MENITI HARI YANG MENDATANG.

HAKIM BAHARUDDIN
15 MEI 2012